Friday, 26 September 2014

Pernah?

Pernah tak kau rasa sayang sangat
kat seseorang

sampai apa dia buat
apa dia cakap
apa dia fikir
apa dia dengar
apa dia percaya
apa dia benci
semua kau nak tahu

sampai kau sanggup maafkan apa juga kesalahan dia
walaupun hati kau pecah
walaupun hati kau remuk
sebab nak lupakan salah tu
lebih mudah dari kalau kau pilih
untuk lupakan dia

sampai dia kau letak paling atas
paling utama dari kau
apa yang lain cakap
apa kanan kiri bisik
kau dengar tapi kau peduli apa
kerana untuk buang dia, mustahil

sampai kau bukan setakat bayangkan
malah kau doakan
yang di masa depan kau
dah tertulis
dia ada

sampai godaan lain 
secantik sekacak mana
tak akan lebih cantik
tak akan lebih kacak
dari dia di mata kau

sampai mampu tertitis airmata kau
kalau dibayang hidup kau
tanpa ada dia
pernah?

tapi
adakah dia sedar?
adakah dia perasan?
adakah dia hargai
akan semua yang kau rasa itu?

atau dia hanya sibuk
memikirkan tentang dirinya sahaja.

No comments:

Post a Comment