Friday, 28 November 2014

Sakit

Andai satu masa nanti 
jika hati ini terlampau sakit
dek kerana kerap terluka
jika hati ini tak terdaya lagi
untuk menahan segala rasa
fahamilah aku
mengapa aku pergi menjauh.

Kerna kau tak pernah cuba memahami
dan aku juga gagal untuk memahami
kerna kau tak pernah kisah
akan kewujudanku.

Ku dapat rasakan
bibit-bibit cinta semakin pudar
antara kita. 
Bukan, aku masih sama seperti dulu
sama seperti saat kita berjumpa for the first time
begitu juga perasaan aku
dan kesungguhan aku
terhadap kau.

Mungkin kau,
kau tak seperti dulu
seperti mana kau bersungguh sayangkan aku 
inginkan aku
kisahkan aku
pada mulanya.

Dan aku, rindukan kau yang dulu.
Dan aku, rindukan kebahagiaan yang dulu.
Dan aku, rindukan kasih sayang yg kau berikan yang dulu.

No comments:

Post a Comment