"Saya tak akan dekat dengan awak. Saya akan jauh. Saya pilih untuk jauh. Untuk tak tersakiti lagi. Saya tak mahu diri ini terperangkap dek perasaan sementara awak. Saya tak mahu saya akan menagih kasih yang tak akan berlabuh." Air matanya menitis tapi pantas diseka.
"Saya mahu memori itu kekal. Mungkin memorinya hanya sekelumit tapi kesannya amat besar. Mungkin tiada makna buat awak tapi pernah menjadi makna buat saya. Saya pergi.. Saya akan pergi seperti saya tidak diperlukan lagi dalam hidup awak, seperti awak tidak lagi perlukan saya pada hari-hari awak. Segalanya berubah. Berubah seperti awak menyudutkan saya di hujung sudut yang gelap. Dan membiarkan saya di situ." Wajah mula merah. Sembab sudah bahagian mata.
"Silap saya kerana memasang harap pada awak yang tak akan pernah sudi. Yang hanya sudi pada mulanya tapi tidak di akhirnya tidak. Sungguh saya kecewa, awak berubah. Awak tahu yang awak dah sakitkan saya. Lupakanlah, saya bukan bererti apa. Saya masih si bodoh yang jatuh cinta, yang merindukan kasih sayang yang pernah awak hamparkan dulu, yang masih terngiang janji-janji yang pernah awak hamparkan." Keluhan dilepaskan.
"Terbanglah awak, terbanglah tinggi. Pergi setinggi mana yang boleh. Pergi sejauh mana yang awak ingin pergi dari saya. Lepaskan segala kesesakan dalam jiwa, lepaskan segala kerimasan yang pernah saya hadirkan dalam hidup awak. Terbanglah bebas seperti yang awak inginkan. Saya tidak lagi mampu menghalang. Saya rela. Kita tengok apa ketentuan Ilahi. Saya juga pilih untuk jauh. Sama seperti awak lakukan. Saya mencari cinta lain. Cinta Ilahi. Terima kasih kerana menyakiti secara perlahan." Air mata masih bergenang di tubir mata.
Edited;
-Broken person.
Terfaktab - Oktober.
No comments:
Post a Comment