Monday, 6 February 2012

Apa Khabar Jodohku.. :)





Apa khabar wahai jodohku? Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir ? Dan apakah mulutmu terus-menerus berzikir di malam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku.. 

Tapi masa ini belum tiba saatnya lagi untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, dan bukannya aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi sayang. Kadang-kadang aku berfikir, apa nanti bila subuh tiba kau akan mengejutkan aku untuk solat bersama? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahku dengan kebaikan-kebaikan?


Jodohku, sihatkah kamu?


Kalau aku berada di sisimu saat ini, mungkin aku akan merawatmu menjagamu dengan penuh kasih sayang. Sehingga kamu sihat sepenuhnya :)

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku di sini masih sabar menantikanmu. Hatimu tidak terluka kan? Aku harap begitu. Senyumlah awak..kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu bersama kita. Jikalau saat ini hatimu sedang terluka, berwudhukla.. dan mendekatkan dirimu dengan-Nya. Tetapi di sini aku harap kamu baik-baik saja..


Jodohku, aku rindu..


Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin aku ceritakan kepadamu. Ingin berkongsi rasa denganmu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat-nasihatmu. Hati ini kosong.. dan hati ini taksabar menanti kehadiranmu yang akan menyembuhkan hati aku yang terluka..

Jodohku..

Adakah kau juga rindu kat aku? Bagaimana dengan Quran mu? Adakah kau baca diantara maghrib dan Isya'? Apa yang kau faham dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga keluhanmu, aku sedia mendengar.. :)
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku harap seperti itu, jodohku.. Kerana aku pun sedang cuba untuk perbaikkan diri aku dari hari ke hari. Keadaan diriku juga semakin baik. Aku dapat merasai ketenangan itu, Alhamdulillah.. :)
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku...

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku diwaktu aku salah. Sayang..berusahalah membahagiakan orang tua mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak-anak kelak. Jangan pernah merasa keseorangan, kerana aku disini masih sentiasa menantikanmu..

Jodohku...
Tak terasa penat aku menaip di keyboard ni tentangmu. Aku menaip sambil tersenyum. 
Ingatlah sayang..
Aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri dan sepi..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu.... :)

No comments:

Post a Comment