Saturday, 4 February 2012

Dari Mana Datangnya Ketabahan Itu..





Kerana aku disapa ujian, aku mengenal erti kehidupan. Aku taktahu kenapa lately nih aku rasa sangat-sangat depressed. Over-stress. Mungkin terlampau banyak yang aku fikirkan. Sehingga kepala aku sakit. Aku fikirkan tentang byk lagi nak kena study, exam makin dekat. Fikir tentang test2, quiz yang berderet; assignment and juga project yang nak kene settle. Itu dah cukup banyak kan aku fikirkan. And tambah lagi benda yang makin beratkan lagi kepala aku, iaitu it's about him. About him and about him. Aku try untuk tak fikirkan . Tapi hati ni degil, fikiran ni degil susah nak hilangkan dalam kepala otak ni. 

Setiap ujian yang aku hadapi ni sume ada hikmahnya. Aku harus kuat, aku harus tabah. Aku kena redha dan aku hanya mampu berserah kepada Allah. Bila hati terlampau berat menahan rasa yang terbeban, maka air mata ni akhirnya gugur dengan sendirinya. Aku tak tertahan lagi dan dengan serta merta aku mengambil wudhu' dan bersujud kepadaNya, mengadu denganNya. Hanya Allah saja tempat aku mengadu ketika tiada sesiapa disisi. Alhamdulillah, aku dapat rasa ketenangan itu..

Hidup ni penuh dengan liku-liku. Hidup bukan saja berteman suka dan bahagia. Tapi dicorak hampa dan air mata. Maka aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun pahit terus menerus menagih hiba. Ketika keinginanku tak dapat dicapai, aku belajar menjadi insan matang. Mensyukuri segala yang ditakdirkan. Kerana aku tahu bahawa segalanya tidak mudah apa yang dibayangkan. Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.

Aku sedar aku bukan sempurna. Aku belajar menjadi diri aku apa adanya. Bukan menjadi diri orang lain untuk nampak sempurna. Itu fake namanya, menipu orang untuk nampak lebih sempurna dan cantik di mata orang. Sesungguhnya MENIPU adalah salah satu DOSA yang BESAR.  Allah itu menjadikan kita menjadikan kita tidak sama. Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.

Kehilangan yang terjadi sememangnya menebuk lubang di hatiku dan memang meninggalkan kesan. Mungkin ada juga silapnya dari aku. Namun kerana kehilangan itu aku belajar sesuatu. Bahawa setiap yang datang akan berlalu. Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu. Lalu aku isikan pecahan-pecahan yang telah terjadi di hatiku dengan cintaNya Dia yang mengukuhkan kembali hatiku yang layu. 



Dunia telah mengajarku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka,
namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha.
Bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya akan belajar dari segenap peristiwa. Doa itu memberikan aku kekuatan. Aku hanya mampu berdoa dan serahkan segalanya pada Allah. 
Terima kasih, Ya Allah . 

No comments:

Post a Comment