Perubahan. Ya
dalam hidup kita memang sentiasa perlukan perubahan. Perubahan menjadi diri
yang lebih baik, ianya satu amalan yang mulia. Tidak dinafikan. Bukan senang
Allah nak beri kita hidayah. Tapi bila Allah dah bagi kesempatan tu, seeloknya
janganlah kita sia-sia kan peluang itu.
Dan pada
mulanya memang aku boleh terima dia nak berubah. Alhamdulillah, bangga sgt sgt,
happy sgt sgt. Tapi biasalah bila syaitan datang menggoda, iman manusia biasa
bukan seperti Nabi atau Rasul. Dan hati aku tiba-tiba dipersoalkan mengapa dia
tak bawak aku sekali untuk berubah sekali dengan dia. And macam-macam persoalan
lagi yang timbul. Aku sendiri tak tahu kenapa. Maka jelaslah iman aku masih
lemah.
Ternyata dia
masih sabar dan teguh dengan pendirian dia. Dia nasihat dan buat aku tersedar
lagi sekali. Masa aku bincang dgn dia, seolah aku berkata melalui emosi. Tapi lepas
tu bila aku fikir balik, memang betul sebenarnya apa yang dia cakap. Aku takboleh
bergantung kt dia. Mungkin dulu aku terbiasa, dan itu silap aku. Khilaf aku. Sepatutnya
aku bergantung pada Allah, berharap pada Allah. Bukan dia. Dan akhirnya aku lepaskan dia
pergi.
Ya, memang
menangis, memang perit, memang susah sangat untuk adapt perubahan secara
tiba-tiba. Untuk tiba-tiba lepaskan orang yg kita sayang. Tapi bila kita nakkan keredhaan Allah tu, hati kena relakan dia
pergi juga. Dan kembali mecari cinta Allah yang sejati. InsyaAllah yakinlah ada
hikmah yang manis disebalik semua ni bila kita di jalan Allah.
Aku ada
teringat suatu ketika dahulu, jauh disudut hati sebenarnya nakkan aku dia
berubah sangat sangat. Memang susah kita nak bimbing orang lagi2 bila kita tak
cukup kuat lagi. Dan lagi2 bila hati dia masih keras. Bukan aku nak cakap yang
aku dah cukup baik, aku masih byk cacat-celanya dan aku masih sentiasa
mencuba. Seiring juga mengharapkan dia mencuba. Masa tu aku hanya mampu berdoa,
agar satu masa nanti dia akan berubah, dia mampu berubah dan dia dilembutkan
hati untuk berubah. Dan aku berdoa agar Allah berikan dia petunjuk dan hidayah. Begitu
juga dengan aku. Ya, memang jujur aku ada doa semua tu selalu.
Tapi bila
aku tengok balik sekarang, baru aku nampak yang Allah mungkin dah makbulkan doa
aku yang bertahun-tahun yang lepas. Betullah org ckp, mungkin kita tak nmpk
yang Allah dengar doa kita, tapi sebenarnya yakinlah Dia Maha Mendengar.
Mungkin bukan sekarang untuk dia makbulkan, mungkin esok, lusa, tahun depan
atau suatu masa nanti. Yakinlah dengan kuasa Allah.
Dan aku
persoalkan kepada diri aku balik, jika dulu aku inginkan dia berubah, and now
bila Allah buka pintu hatinya untuk berjuang berubah, kenapa lagi aku persoalkan
macam-macam kat dia? Sepatutnya aku support dia, ya aku kena support dia. Support
dia dari jauh dengan mendoakan dia selalu. Bukan menghalang.
Jadi kesimpulannya,
yakinlah dengan kuasa Allah. Percaya pada takdir. Semua sudah tertulis di atas
sana. Apa yang kita kena kejar sekarang ialah cinta Allah yang telah lama kita
lalai. Sedarlah dari lamunan mimpi. Dunia ni hanya sementara. Allah dah bagi
banyak nikmat, bila lagi kita nk balas dengan ikut suruhanNya. Bergantung pada
Allah, InsyaAllah semuanya akan mudah and kita akan rasa kemanisan iman itu
sendiri.
Dan jangan
takut tentang urusan jodoh, Dia Maha Mengetahui. Jika benar sayang, kenanglah
dia dalam doa. Itu apa yang aku mampu buat untuk ketika ini. Jika rindu, tekap
tangan pada dada, dan bacalah al-Fatihah kemudian sebutlah nama dia bahawa kau
rindu pada dia. InsyaAllah Allah akan sampaikan rindu itu pada dia. Jika dia
yang kita mahukan sebagai jodoh, doalah “Ya Allah, jika benar untukku, dekatkanlah
hatinya dengan hatiku, jagakanlah dia untukku, permudahkanlah urusan kami untuk
menghalalkan antara satu sama lain, dan satukanlah kami dengan ikatan yg sah yg
Kau berkati. Tetapi jika dia bukan untukku, damaikanlah hati ini dengan
ketentuanMu”.
Itu apa yang
aku selalu doa di hujung setiap doaku. Moga Allah permudahkan dan makbulkan
untuk satu masa nanti.
Dan untuk
awak, semoga awak terus kuat dan istiqamah untuk berubah menjadi lebih baik. Carilah
ilmu agama sebanyak mana yang kita mampu. Saya juga akan cuba untuk menjadi
yang terbaik. Semoga satu masa nanti kita ditemukan bila kita masing-masing dah
bersedia untuk saya jadi yang terbaik dalam suri hati awak dan awak jadi imam
saya yang mampu untuk bimbing saya, jika kita dijodohkan bersama. Jaga diri,
jaga hati, jaga solat. :)
No comments:
Post a Comment