Friday, 12 June 2015
Syukur
Saat ini, Ya Allah aku tak dapat bayangkan betapa malunya aku.
Malu pada diri sendiri, malu pada Allah dan malu pada dia.
Seperti di baling tahi pada muka.
Rasa sebak mula di hati
Memikirkan dosa kesilapan aku yang dulu
Mengenangkan salah silap aku yang dulu
Mempersoalkan kenapa aku jadi mcm ni.
Ya Allah, sungguh selama ini aku telah jauh dari Engkau
Sungguh selama ini aku lalai dan leka
melakukan dosa dan kesilapan hari demi hari
Selama ini aku kejarkan cinta manusia
Kejarkan pengharapan dari manusia
Meraih perhatian dari cinta manusia
Aku tidak sedar bahawasanya hanya Engkau yang patut aku kejarkan
Ampuni segala dosa aku Ya Allah :'(
Petang itu aku buntu
Fikiranku tidak tenang
Aku seperti hilang arah
Terlalu byk persoalan mengapa mengapa mengapa dia perlakukan aku mcm ni
Ya, dia yg aku sayang
aku persoalkan kenapa dia jadi mcm ni
aku buntu dan aku persoalkan adakah dia masih sayangkan aku
Dan petang itu juga
aku berdoa, serahkan pengharapan itu pada Engkau Ya Allah
Supaya Kau tunjukkan aku jalan
dan beri jawapan kepada setiap persoalan aku itu
Dan alhamdulillah, Kau dengar rintihan hati ini
Kau dgr doa aku
Maka kau detikkan hati si dia untuk sedarkan aku.
Sedarkan aku bahawa aku telah tersasar dari Kau
Sedarkan aku bahawa selama ni aku terlalu mengejar cinta si dia
tapi aku lupa akan Kau Yang Maha Agung
Hati terasa lega
Segala persoalan telah terjawab
Rasa malu mula menebal di muka
Tapi tidak mengapa jika itu yang menyedarkan aku dan
membawa aku kepada Kau
Tikar sejadah di bentang untuk memohon taubat kepada Kau
Menangis, merintih hati atas segala dosa yang telah dilakukan
Terasa hina diri ini memohon keampunan dari Kau
Semoga Kau terima taubatku
dan aku bermohon agar hati ini terus istiqamah untuk berubah menjadi lebih baik
Terima kasih dan syukur alhamdulillah
Kau berikan petunjuk ini
untuk aku kembali kepada Kau Yang Maha Pemilik Hati
Akan aku serahkan rasa cinta ini kepada Kau sepenuhnya
Dan kepada si dia
Aku pohon agar Kau jagakan dia untukku
Peliharalah dia agar menjadi lebih baik
dan sama-sama berubah jadi lebih baik
Aku redha akan segala ketentuanMu
Jika dia benar untukku, Kau dekatkanlah hati kami
Jika dia bukan untukku, Kau damaikanlah hatiku dgn ketentuanMu
Semoga Kau permudahkan urusan kami untuk jadi yang halal.
Akan aku sematkan rasa rindu dan sayang melalui doa.
p/s: untuk awak, WKA, terima kasih sekali lagi sebab sedarkan saya. Bantu aku untuk jadi yang lebih baik. Berkongsilah lagi ilmu-ilmu seperti itu denganku. Aku hargai sgt-sgt. Dan aku mohon kau maafkan segala salah silap aku yang dulu. Segala keterlanjuran kata dan adab. Terima kasih untuk sekali lagi. Jaga diri, jaga hati, jaga solat. :')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment